Puteri sulung kepada pengacara Ally Iskandar dan personaliti media sosial Farah Lee, Maream Esabel baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima semalam.

Sebagai ibu, Farah tidak ketinggalan memberikan ucapan dan juga titipan doa buat anak kesayangannya.

Kata Farah, Maream banyak mengajarnya dalam tempoh lima tahun bersama.

Luahan Farah itu dikongsi olehnya menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Lima tahun yang mengajar sabar, lima tahun yang mengeja bahagia, lima tahun yang menyulam sayang.

"Jasad dijauh tidak kalih, mendakap kasih berbaki ada, jiwa nyata sentiasa bersama. Far in distance, yet closest to hearts.

"Ini mengajar omma, yang Maream selamanya takkan berada di sisi, seutuh mana pun yang omma mahu.

"Namun jarak hanya ruang yang hati berkuasa untuk hiraukan.

"Dan omma selamanya akan. Omma harap, Maream juga begitu.

"Maream Esabel binti Ally Iskandar, selamat ulang tahun ke-lima sayang, makin singkat masa sebelum bertemu Tuhan, moga berjaya omma sempurnakan, sebelum kau mahupun omma, Dia panggil pulang. Love, Omma. 070819 Makkah," tulisnya.

Dalam pada itu, entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan selamat hari jadi daripada pengikut Farah.

Farah dan Ally bercerai pada Ogos 2016 selepas berkahwin selama empat tahun.

Farah kemudiannya berhijrah ke luar negara bersama Maream untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di University of Leeds, England, sejak awal September tahun lalu.

Kini, Farah berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

. Lima tahun yang mengajar sabar, Lima tahun yang mengeja bahagia, Lima tahun yang menyulam sayang. . Jasad dijauh tidak kalih, Mendakap kasih berbaki ada, Jiwa nyata sentiasa bersama. . Far in distance, yet closest to hearts. . Ini mengajar omma, yang Maream selamanya takkan berada di sisi, seutuh mana pun yang omma mahu. Namun jarak hanya ruang yang hati berkuasa untuk hiraukan. Dan omma selamanya akan. Omma harap, Maream juga begitu. . Maream Esabel binti Ally Iskandar, selamat ulang tahun ke-lima sayang, makin singkat masa sebelum bertemu Tuhan, moga berjaya omma sempurnakan, sebelum kau mahupun omma, Dia panggil pulang. . Love, Omma. 070819 Makkah. . [5years0month] #mareamessabel #ommaream #mareamsbirthday #hajjahFL

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on