Pereka fesyen Hatta Dolmat menyindir sikap sesetengah selebriti yang disifatkan cukup berkira untuk memberikan kredit di sosial media biarpun hanya sekadar meminjam busana rekaannya.

Perkara itu dikongsikan Hatta menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Saya cuma nak kongsi ya, nilai buat baju lagi tinggi, jauh lebih tinggi dari nilai satu feed posting Instagram selebriti malah mungkin lebih.

"Jadi jika pandai pinjam, pandaikan juga retis anda untuk post dan kredit. takkan tu pun nak ajar dik?," tulisnya di ruangan kapsyen.

@hattadolmatofficial Hatta just nak share ye, nilai buat baju lagi tinggi jauh lebih tinggi dari nilai satu feed posting ig selebriti malah mungkin lebih Jadi jika pandai loan, pandai kan juga retis anda untuk post dan credit takkan tu pun nak ajar dik? Tu sebab malas nak layan orang nak loan loan baju ni time nak baju punya manis. Bila nak post kedekut feed. Abang diam tapi abang perhati tau jgn ingat abang tak observe. Nak usahakAn baju kau abang kerah tenaga ke sana sini abang buat. Bukan kau kena bayar pun feed kau tu. sebab tu kebanyakan nya abang tak reply sebab berbelas tahun ini la etika nya “FEELING! “. . . * pic tiada kena mengena dengan caption ?

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on


Bagaimanapun, Hatta tidak menyebut secara khusus nama individu yang cuba dimaksudkannya itu.

Katanya, ekoran sikap 'berkira' dia cenderung untuk tidak memberikan perkhidmatan meminjam baju kepada sesetengah artis.

"Itu sebab malas nak layan orang nak pinjam baju. Masa nak baju punya manis, bila nak post kedekut feed.

"Abang diam tapi abang perhati tau jangan ingat abang tak perhatikan. Nak usahakan baju kau abang kerah tenaga ke sana sini abang buat.

"Bukan kau kena bayar pun feed kau tu. Sebab tu kebanyakannya abang tak balas sebab berbelas tahun ini lah etikanya 'FEELING'!," luahnya.

Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuklah rakan seindustri.

"Kita sokong! Sebab tu sis malas layan tajaan zero ni! Ramai sejenis tidak pandai menghargai, jadi, sis malas layan!," komen pengasas Azura Couture.


Kredit Foto: Instagram Hatta Dolmat