Skip to main content

Berita Tempatan

Malaysia Ambil Maklum Laporan Kapal Tentera Laut Asing Di ZEE

astro_gempak_kapal-tentera-asing-di-zee.png

Kementerian Luar Negeri Malaysia mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media pada Isnin, kementerian itu berkata ia tidak dapat mengulas mengenai ketepatan atau butiran spesifik berkaitan pergerakan kapal tentera itu, kerana perkara itu berada di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

Sejajar dengan komitmennya untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Kementerian Luar berkata Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.

"Kami kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan," katanya.

Sumber: Bernama

Must-Watch Video

Advertisement