Bukan sahaja di Malaysia, pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia membuatkan orang ramai terus duduk di rumah masing-masing untuk mengekang gejala terbabit.

Negara jiran, Indonesia juga kini sedang giat menangani wabak tersebut dan rakyat negara terbabit turut menyeru seruan untuk terus duduk di rumah.

Apa yang terjadi ini membuatkan dua gitaris, Harry Khalifah atau Apak dari Malaysia dan Oncy Ungu dari Indonesia bergabung untuk menceriakan peminat mereka.

Dengan bantuan alatan komunikasi terkini, ternyata tiada apa yang mustahil untuk Harry Khalifah dan Oncy dari kumpulan Ungu menyiapkan sebuah video “duet” untuk lagu Bangau oh Bangau.


Cukup menghiburkan dan kreatif, ramai yang memuji usaha dua anak seni berbeza negara ini dalam menghasilkan hiburan baharu buat pengguna laman sosial!


Walaupun beribu batu jauh namun dengan kepakaran bermain gitar membuatkan video Harry dan Oncy kini menjadi sebutan peminat di laman sosial.

Berikut merupakan komen peminat yang menarik perhatian Gempak:





Video ini kini sudah meraih lebih 100,000 tontonan di laman YouTube.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!