Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin.

BERITA TRENDING: Berada Di Belakang Singapura, Kuala Lumpur Di Tangga Ke-3 Lokasi Food Hunting Pilihan Pengguna Booking.com

Dapatan itu berdasarkan kaji selidik SeaAsia Stats, yang melaporkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 44.68 individu bujang.

Individu bujang ditakrifkan sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu.

Dalam carta membabitkan 11 negara Asia Tenggara itu, Malaysia sebanyak 44.68 peratus, Brunei (44.9) dan Kemboja (44.60) mencatatkan peratusan yang hampir sama iaitu sekitar 44 peratus.

Mengikut kajian berkenaan, peratusan individu bujang di Myanmar adalah sebanyak 29 peratus, Thailand (23), Indonesia (22), Singapura (20), Laos (17), Vietnam (16) dan Timor Leste (13).



Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.

Dari 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan mengenai lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Kajian itu berpendapat wujud banyak sebab menyumbang kepada pilihan mereka masih terus membujang antaranya berpunca daripada kekangan ekonomi dan keperluan sosial.

PILIHAN PEMBACA: Kuala Lumpur Di Tangga Ke-18 Bandar Terbaik Dunia 2024, Kalahkan Dubai & Las Vegas!