HIBURAN
Malia Baby Anggap Diri Tak Sempurna, Terkilan Baca Komen Netizen Kritik Penampilan - “Aku Hanya Seorang Perempuan Yang…”
Penampilan pempengaruh Malia Baby ketika menghadiri malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) pada Ahad lalu menerima kritikan daripada segelintir netizen di laman sosial.
Belum sempurna
Rata-rata netizen kurang senang melihat fesyen yang digayakan Malia memandangkan pempengaruh itu dikatakan gemar berkongsi nasihat mengenai pemakaian Muslimah di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Teringin Tutup Aurat Dengan Sempurna, Malia Baby Sentiasa Kuatkan Diri Untuk Istiqamah - “Tipulah Kalau Cakap Kita…”
ARTIKEL BERKAITAN: Malia Baby Syukur Kempen #JomPakaiTudung Terima Sambutan Baik - “Saya Rasa Sedih Bila…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Inai Merah Macam Pengantin, Netizen Sedih Ingatkan Malia Baby Kahwin - “Sebenarnya Saya Hanya…”
Terkilan dengan komen negatif netizen, Malia menerusi TikTok menegaskan nasihat yang selalu dikongsikan untuk peringatan diri sendiri yang dianggap masih belum cukup sempurna.
“Disebabkan komen tak membina macam ni la orang tak nak post benda yang baik. Sebab kau kena jadi perfect. Aku nasihat selama ni untuk aku dan untuk semua. Aku buat video sebagai peringatan untuk aku sendiri.
“Semua video aku guna ‘kita’ sebab aku pun insan yang struggle dalam menjalankan amanah Allah. Kalau ada yang tak kena dengan aku korang jangan ikut tapi jangan gunakan alasan ‘dia pun nasihat orang lain’ untuk bagi saya kebencian.
“Sedangkan ‘menegur’ Allah tahu apa dalam hati kau okay. Semua video aku tak ada langsung aku bercakap untuk membenci. Tidak seperti yang anda semua cakap kepada saya,” katanya.
Bergelut dengan iman
Pada perkongsian yang lain, Malia yang juga seorang pelakon berharap orang tidak meletakkan jangkaan terhadap dirinya yang masih bergelut dengan imannya sendiri.
“Panggil saya dengan macam-macam nama dan lepas itu, nak claim ‘tegur’. Anda hanya menipu diri sendiri sekarang ini. Jangan letakkan harapan untuk saya menjadi sempurna hanya sebab saya bersuara mengenai agama saya secara online.
“Kalau anda rasa nasihat yang kau kena terima daripada seseorang yang bagus, pergi tengok ustaz. Aku hanya seorang perempuan yang struggle dengan iman sendiri dan hari-hari mencuba.
“Nak nasihat apa pun nasihat tapi jangan kurang ajar dan sampai biadap. kita ni masuk neraka bukan sebab perbuatan saja, hati tu penting. Hati kotor semua pun kotor,” ujarnya.
Must-Watch Video