Malu Nak Masuk Bilik, Rasa Kekok - Fouziah Gous Imbas Kisah Lucu Lepas Kahwin

Mya Amri
September 21, 2017 13:25 MYT
Pelakon Fouziah Gous mengimbas kembali kisah lucu yang berlaku selepas majlis akad nikah bersama suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.
Kisah itu dikongsi oleh Fouziah menerusi akaun Instagramnya beberapa jam yang lalu beserta foto-foto perkahwinannya.
Kata Fouziah, momen yang dikongsi ini merupakan antara kenangan paling istimewa dan tidak dapat dilupakan.
“21 September 2013 saya sah menjadi isteri kepada @zhafyusof . Syukur Alhamdulilah dah empat tahun kami berkongsi hidup yang penuh dengan kebahagiaan.
“Tapi moment paling tak boleh lupa selepas syok ber 'posing' ambil gambar selepas nikah di masjid(seperti diatas) Zhaf dan saya balik ke rumah. Masa tu walaupun bilik pengantin dah siap, tapi.... Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu betapa kekoknya nak masuk bilik berdua di hadapan keluarga.
“Lama juga lah saya duduk luar ulang alik tak tahu nak buat apa mengharapkan semua orang masuk bilik tidur. Lepas tu masuk bilik tukar baju terus keluar, nak pergi hotel jumpa ahli keluarga saya.
“Nak cari alasan sebab malu tahap teruk la masa tu! Yelah bercinta selepas kahwin la katakan. Melainkan dah bercinta setahun dua tak ada lah kekok dan tak tentu hala kan.. *flash back pula moment tu, takde pun plan nak type tu sebenarnya*,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fouziah juga turut mengucapkan rasa sayang kepada suami tercintanya.
“Sayang, saya tak perlu berpura-pura menjadi orang lain untuk bersama awak. Dan awak juga menerima saya seadaanya. Terima kasih dan saya cintakan kamu sayang. HAPPY 4th ANNIVERSARY @zhafyusof #zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee,” ucapnya.
Foto: Instagram Fouziah Gous
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Ulang tahun #Fouziah Gous