Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Malulah Walaupun Dah Kahwin...”- Sarah Hildebrand Dedah Punca Tak Tayang Gambar Suami

Syafiqah Jalal 21/09/2020 | 09:02 MYT
Pelakon Sarah Hildebrand meminta maaf kerana dia dan suami, Otto Gillen kurang memuat naik gambar bersama di media sosial
Menurut Sarah perkara itu lebih baik disimpan untuk diri sendiri sahaja dari menayangkannya kepada awam.
“Maaf kami jarang display public affection. Malulah walaupun dah kahwin.
“Kadang- kadang benda macam tu lebih bagus simpan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.
Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bersama suami.
Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto yang juga jejaka kacukan Filipina-Amerika pada 3 November lalu selepas suaminya memeluk Islam pada September 2019.
Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

Sorry kami jarang display public affection. Malu lah walaupun dah kahwin. Kadang kadang benda macam tu lebih bagus simpan untuk diri sendiri sahaja.

A post shared by @ sarahhildebrand on

#pelakon #Kahwin #Kahwin #Pelakon #Suami #Sarah Hildebrand
;