“Malunya Bila Ukur Pinggang, Macam Nak Letupkan Lemak” - Ukur Baju Polis, Abby Abadi Kembali Jadi Inspektor Aleeza

Mya Amri
Disember 27, 2018 23:22 MYT
Pelakon Abby Abadi mengesahkan kembali menggalas watak ikonik menerusi drama bersiri popular Gerak Khas, Inspektor Aleeza.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata musim terbaru Gerak Khas bagi tahun 2019 itu bakal memulakan penggambaran pada bulan depan.
Abby berkongsi berita gembira itu menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
“Cerita semalam, berkali-kali wakil bahagian ‘wardrobe’ dari team Gerak Khas mesej/call suruh datang Skop Production untuk ukur baju polis.
“Kita bagi alasan nanti kurus kita datang... Sebulan berlalu tak juga kurus-kurus hahaha.
“Sudahnya Datuk Yusof Haslam nak juga saya mulakan penggambaran pada Januari 2019, jadi datanglah taylor ke rumah saya semalam untuk ukur baju.
“Datangnya Encik Abam, saya malu jadi saya minta tolong abang tu tunjuk ajar apa nak diukur, biar adik-adik pembantu butik saya je yang tolong.
“Aduhai malunya bila ukur pinggang, punggung, dada semua. Macam nak ku letupkan lelemak yang berkumpul tu.
“InshaAllah, polis gemuk ni sekejap je dekat tv, lepas tu polis ni akan kembali saiz model okay,” tulisnya.
Perkongsian Abby itu menarik minat netizen yang rata-ratanya meninggal komen tidak sabar untuk melihat ‘Inspektor Aleeza’ kembali beraksi.
Sebelum ini, pelakon Norman Hakim juga pernah memberi bayangan di Instagramnya mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.
Foto: Instagram @abby_abadi112
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon #Gerak Khas