Usahawan muda yang juga anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida (DVS), Cik B turut menjadi mangsa kecaman netizen susulan tindakan ibunya yang dikatakan menghina golongan susah.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Cik B telah memuat naik gambar tangkap layar memaparkan komen daripada seorang pengikutnya media sosialnya.

Menerusi komen tersebut, individu itu dilihat meminta supaya Cik B memahami punca dan mengapa orang ramai mengkritik ibunya.

Tanpa berselindung, komen itu kemudian dibalas oleh Cik B sendiri.

“Dan saya juga berharap orang ramai faham saya dan mama adalah dua individu berbeza.

“Dia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Namun itu tak bermaksud kami berkongsi pandangan yang sama,” katanya.

Jelasnya, ibunya seorang seorang yang hebat dan dia menghormati apa juga keputusannya.

Susulan daripada komen itu, ramai yang tidak percaya Cik B mampu memberi komen dengan tenang dan bersikap profesional.

Malah, ramai juga tidak menyangka Cik B sangat matang dalam mengawal komen-komen netizen.

“OMG Cik B matang betul."

“Macam tak percaya Cik B umur 16 tahun jawab macam ni.”

“Komen netizen janganlah babitkan anaknya, ibu sudahlah,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, DSV dikecam teruk selepas mempersoalkan sampai bila golongan susah perlu dibantu dengan hanya mengibarkan #BenderaPutih tanpa berusaha mencari pendapatan sendiri.

Sejurus selepas itu, jutawan kosmetik tersebut kemudian memaklumkan dia sudah beberapa kali menghantar bantuan kepada yang memerukan di sekitar Ipoh, Perak.

Menurut DSV, meskipun dia dihina dan dikecam kerana kelantangan bersuara tentang kempen #BenderaPutih, namun dia berharap lebih ramai lagi turut menghulurkan bantuan kepada yang berada dalam kesusahan.

BACA: “Kepada Yang Mengutuk, Menghina Saya…”- Datuk Seri Vida Dedah Dah Beberapa Kali Beri Bantuan Sepanjang PKP