Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Mama Menitiskan Air Mata Seorang Ibu" - Fasha Sandha Kongsi Momen Selepas Diijabkabulkan

Rozaimi Zubaidi
02/04/2019 03:45 MYT
Pelakon Fasha Sandha mengakui bersyukur apabila ibunya, Hatijah Teh Man merestui hubungannya bersama suami, Aidil Aziz.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi momen bersama ibunya selepas dia diijabkabulkan bersama suami pada Sabtu lalu.

"Mama, momen selepas selamat diijabkabulkan di Masjid TuanKu Syed Putra Jamalulail. I love you mama.

"Sha baru tengok gambar ni dan nampak mama menitiskan air mata seorang ibu. Sha pasti mama lega sebab majlis nikah dan sanding di Perlis berjalan dengan baik.

"Terima kasih mama diatas restu buat kami, terima kasih juga ibu kerana memberikan restu buat kami berdua.

"Insya-Allah, semoga dengan restu dan doa-doa yang baik, kami akan selalu bahagia. Insyaallah. Terima kasih Allah diatas cinta ini," tulisnya.

Mama, Momen selepas selamat diijabkabulkan di Masjid TuanKu Syed Putra Jamalulail. I love you mama... Sha baru tengok gambar ni dan nampak mama menitiskan air mata seorang ibu. Sha pasti mama lega sebab majlis nikah dan sanding di Perlis berjalan dengan baik. Terima kasih mama diatas restu buat kami, terima kasih juga ibu , kerana memberikan restu buat kami berdua. Insyaallah, semoga dengan restu dan doa2 yang baik, kami akan selalu bahagia. Insyaallah ❤️ Terima kasih Allah diatas cinta ini @mamasandha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Rata-rata tersentuh melihat gambar yang dikongsikan oleh Fasha dan mereka mendoakan kebahagiaannya bersama Aidil.

Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon #Aidil Aziz
;