Hiburan

"Mama & Mummy Bergabung Supaya Baby Cukup Keperluan" - Pengorbanan Memey Jadi Ibu Susuan Untuk Bayi Abby Abadi

gempak
Badrul Hashim
30/09/2019
04:17 MYT
Sponsor Banner
"Mama & Mummy Bergabung Supaya Baby Cukup Keperluan" - Pengorbanan Memey Jadi Ibu Susuan Untuk Bayi Abby Abadi
Keakraban keluarga Norman Hakim dan Faizal Zakaria semakin kukuh apabila isteri kepada Norman, Memey Suhaiza turut menjadi ibu susuan kepada anak Faizal dan Abby Abadi yang baru lahir.
Abby pernah mengalami keguguran dua kali, sebelum melahirkan bayi yang digelar 'Baby D' secara pembedahan kerana tidak cukup bulan pada 27 September lalu, jam 10:43 pagi di hospital Sungai Buloh, Selangor.
Dalam satu entri di Instagramnya, Memey Suhaiza turut memuat naik satu video pendek sambil Abby menunjukkan satu plastik berisi susu.
"You are the reason Baby D. We love you so much. Tahniah Mama Abby dan Abah Jai Ezzany. Sama-sama kita terus doakan Baby D terus kuat dan sihat ya.
"Tadi datang ziarah Mama, sambil-sambil pam susu untuk stock Baby D. Mama pun sama buat stock susu. Mama Mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat," tulis Memey pada entri video tersebut.
Abby dan Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana Fathia.
Selain itu, Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim, hasil perkahwinan dengan Norman Hakim.
Manakala pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut mempunyai tiga orang anak, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Pada September 2017, pasangan Norman Hakim dan Memey, dan pasangan Faizal dan Abby turut mengadakan majlis persandingan bersama untuk kali kedua bagi merapatkan kedua-dua keluarga besar itu.
Semoga Allah SWT memberkati keluarga besar ini dan juga keluarga kita semua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024