Vokalis kumpulan Exists, Mamat, 46, memberitahu perlu dihantar ke hospital psikiatri selepas berdepan dua pertuduhan berkaitan dadah.

BERITA TRENDING: GV10: "Di Tempat Tinggi Itu Maksudnya ..." - Nabil Pesan Netizen Jangan Fikir Double Meaning Gurauan…

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

“Saya perlu dihantar ke hospital psikiatri untuk rawatan lanjut mulai hari ini”, katanya kepada pemberita seperti dilaporkan Harian Metro.

Mamat yang diiring keluar mahkamah memaklumkan dia sedang hadapi kes mengikut 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semoga peminat dapat terus memberi sokongan terhadap aktiviti seni (saya) selepas ini," ujar pemiliki nama sebenar Mohd Ali Kamaruddin ini.

Sementara itu peguamnya, Azlina Abdul Aziz berharap anak guamnya diberikan peluang kedua.

PILIHAN PEMBACA: Disangka Sakit, Mamat Bidas Netizen Rakam Diri Tanpa Tahu Situasi Sebenar

Katanya, Mamat ditahan polis pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling.

"Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dadah pada tahun 2019.

"Kita doakan untuk Mamat. Hari ini, dia akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan.

“Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat.

"Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikiatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah). Kita tahu Mamat banyak kes dadah, tetapi (saya) percaya peluang kedua.

"Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama yang sebelum ini diberi jaminan polis. Akan tetapi (kes) tidak diteruskan (sebelum ini) atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM," katanya.