Mami Jerung Tersingkir, Noki Tayang Biceps, Nora Danish 18 Tahun? Panasnya Kisah Hari Isnin!

Azwa Rahman
Mac 7, 2022 15:08 MYT
Selamat memulakan minggu baru! Isnin bakal berlabuh, jom kita recap lima cerita menarik sepanjang hari ini.
#1. Laluan Mami Jerung Di Big Stage 2022 Terhenti
Penyanyi viral Sofiaa Marieylla nengakui bersedih dengan penyingkirannya pada konsert kelima Big Stage 2022 namun mengakui kelemahannya dari segi sebutan.
BACA: Tokti Tegur Sebutan Loghat, Sofiaa Marieylla Akui Sedih Tersingkir Big Stage 2022 - “Saya Dah Biasa Cakap Ganu..”
#2. Raja Ilya Umum Hamil Lima Bulan
Pelakon Raja Ilya mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan hasil perkongsian hidup bersama suami, Trent Garret.
BACA: Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Pilih Bersalin Di Perth Australia
#3. Otot Lengan Noki K-Clique Jadi Sebutan
Biarpun tidak pulang dengan habuan, sosok tubuh Noki K-Clique atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, dalam lagu Aewo bersama Shiha Zikir di Anugerah Juara Lagu ke-36 malam tadi tetap menjadi sebutan netizen.
BACA: "Dia Belanja Bicepslah" - Otot Kekar Jadi Dambaan Netizen, Intip Cara Noki Jaga Badan Kekal Sador & Sihat
#4. Happy birthday Nora Danish Yang Ke-40!
Pelakon jelita Nora Danish mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambarnya sedang berswafoto dan dikatakan seperti baru berusia 18 tahun.
BACA: “Biar Betul? Ingatkan Baru 18 Tahun” - Netizen Terkejut Nora Danish Sebenarnya Berumur…
#5. Bayi Yang Dikandung Shima Anuar Dikeluarkan Kerana Hamil Luar Rahim.
Pelakon Shima Anuar reda apabila bayi yang dikandungnya terpaksa dikeluarkan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).
BACA: "I Lost My Baby ..." - Shima Anuar Selamat Dibedah Kerana Hamil Luar Rahim, Masih Dirawat Di ICU
#Nora Danish #Noki K-Clique #Mami Jerung