NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa

Belum terlambat lagi untuk Mami Piqah ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang menyambutnya di hari pertama semalam.

Mami Piqah terkejut bila tengok sambutan Hari Raya tetap meriah walaupun seluruh rakyat Malaysia berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali ketiga.

Yelah, meskipun kita berada dalam tempoh PKP namun hari kemenangan selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan wajib diraikan dengan gembira.

Tapi Mami Piqah tak sangka, meskipun ramai yang bersedih tidak dapat pulang ke kampung berhari raya namun tetap cuba menggembirakan hati sendiri serta terutama hati anak-anak.

Menerusi tinjauan Mami Piqah, ibu-ibu tetap sibuk mencari baju raya buat anak-anak untuk Aidilfitri semuanya kerana mahu mereka gembira di Hari Raya.

Mami Piqah faham perasaan ibu-ibu ni, walaupun mood Raya mereka hilang tetapi anak-anak tetap menjadi keutamaan.

Raya pertama sahaja semua tetap dengan baju baru atau baju tradisi bergambar bersama anak-anak biarpun di rumah sahaja.

Ibu-ibu pula sejak seminggu sebelum puasa sudah membuat pelbagai persiapan menghias rumah serta membeli bahan-bahan untuk memasak juadah raya.

Meskipun Raya PKP, juadah raya atas meja tetap meriah dengan ketupat, rendang, lodeh serta kuaih muih. Suka Mami Piqah tengok!

Apa-apa pun apa yang Mami Piqah nak sampaikan di sini wanita yang bergelar ibu ni memang tabah dan sanggup berkorban apa sahaja tanpa memikirkan hati dan mood mereka tak dapat pulang berjumpa bonda di kampung.

Jadi sempena Hari Ibu yang disambut baru-baru ini, Mami Piqah nak ucapkan jugak Selamat Hari Ibu kepada semua waniat yang bergelar ibu semoga jasa dan pengorbanan anda dikenang sampai bila-bila!

Terima kasih Ibu!