Hiburan

“Mana Ada! Sebab HaHa Orang Ingat Saya Dah Ada Anak” – Kim Jong Kook

gempak
Mya Amri
08/10/2019
14:54 MYT
Sponsor Banner
“Mana Ada! Sebab HaHa Orang Ingat Saya Dah Ada Anak” – Kim Jong Kook
Anggota Running Man Kim Jong Kook akui geram dengan gurauan rakan sepasukannya, HaHa yang kerap mengatakan dirinya mempunyai anak perempuan.
Menurut Jong Kook, dia masih bujang dan kerap ke luar negara kerana bertemu dengan rakan-rakan baiknya.
“Saya tak ada anak perempuan. Mana ada! Disebabkan HaHa lah ramai orang ingat saya sudah ada anak.
“Tidak cukup dengan itu, mereka juga kerap bertanya saya sama ada betul atau tidak saya mempunyai anak perempuan di Los Angeles (LA),” katanya.
Jong Kook berkata demikian menerusi episod terbaru Running Man yang disiarkan baru-baru ini.
HaHa bagaimanapun hanya ketawa melihat reaksi Jong Kook yang cuba menjelaskan keadaan sebenar selepas mengusiknya.
Dalam pada itu tetamu jemputan program tersebut, Tiffany Young yang juga merupakan anggota Girl Generation mendedahkan Jungkook hanya bertemu dengan rakan lelakinya ketika melancong ke negara berkenaan.
“Kami mempunyai kawan rapat yang sama, jadi saya tahu di mana lokasi Jongkook selalu bertemu sahabat rapatnya.
“Jong Kook hanya gemar melakukan aktiviti sihat dan dia juga nampaknya tidak jemu untuk bersenam di LA bersama dengan sahabat-sahabat lelakinya,” jelasnya.
Terdahulu, Jong Kook sering diusik Running Man kerana masih bujang dan belum bertemu dengan pilihan hatinya.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live