Laman Utama
“Mana Boleh Main Phone Waktu Bertugas” - Karl Shafek Selar Tindakan Pramugari Buat Live Di TikTok Ketika Sedang Bekerja
Pengacara dan usahawan fesyen, Karl Shafek menyelar tindakan seorang anak kapal sebuah syarikat penerbangan tempatan yang bersiaran secara langsung menerusi platform TikTok ketika sedang bertugas.
Karl berkata, keselamatan penumpang perlu diutamakan dan perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika bertugas bukanlah satu keperluan.
“Saya lihat stewardess itu buat live menerusi TikTok ketika penumpang sedang naik ke pesawat. Bagi saya, hal tersebut tidak betul. Mana boleh main phone waktu bertugas.
“Ketika zaman saya dulu, perkara sebegini tidak dibenarkan, tetapi saya tidak tahu pula kalau live di TikTok dibolehkan sekarang,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Karl turut berpesan supaya anak-anak kapal sentiasa peka pada kerja dan tidak terganggu dengan rutin dan aktiviti media sosial.
“Nak beri informasi tentang keselamatan tapi dalam masa sama balas komen di live TikTok. Jadi kerjanya itu tak fokus. Cubalah elakkan pada masa akan datang,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi kemas kini di Instagram, Karl memuat naik sepotong video yang dirakam menerusi siaran langsung seorang pramugari yang sedang memberikan informasi sebelum berlepas.
Pada ruangan kapsyen, Karl berkata, tidak kira berapa kompeten pun seseorang itu, minda seorang anak kapal haruslah bersedia untuk hal-hal berkaitan keselamatan penumpang.
Untuk rekod, Karl Shafek pernah bergelar pramugara di sebuah syarikat penerbangan suatu ketika dahulu sebelum terjun ke bidang penyiaran dan seterusnya pengacaraan serta lakonan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video