Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman kerajaan yang bakal mengenakan kompaun sehingga RM10,000 sekiranya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu bakal dilaksanakan bermula 11 Mac depan.

Walaubagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan jumlah kompaun terbabit.

Kebanyakan mereka berasa ia terlalu mahal dan jumlah tersebut meningkat secara drastik.

Malah, apa yang lebih membimbangkan adalah nasib golongan miskin sekiranya mereka didapati melanggar arahan PKP.

“Mahalnya sampai RM10,000 keterlaluan.”

“Vaksin dah nak ada, why naikkan lagi kompaun.”

“Mana nak cekau duit banyak tu, kami gaji tak besar, kerja pun dua tiga.”

“Banyangkan yang miskin, 6 bulan gaji pun belum tentu dapat bayar” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

BACA: Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Mulai 11 Mac