Pelawak Ajak Shiro melahirkan rasa bangga apabila ketiga-tiga anaknya menjadi johan dalam pertandingan lari pecut di sekolah mereka.

Ajak berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Posting tersebut juga turut disertakan dengan foto tiga anaknya, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6 dan Nada Soffea, 4, sedang memegang piala serta pingat kemenangan masing-masing.

“Tahniah anak-anak baba… Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jad Johan Larian Pecut 50m Tahun 3. Had Johan Larian Pecut 50m 6 Tahun. Nada Johan Larian Pecut 50m 4 Tahun dengan pingat-pingat lain. Ibu menang lemak bertingkat-tingkat,” tulisnya

Tahniah anak-anak baba.. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jad Johan Larian Pecut 50m Tahun 3 Had Johan Larian Pecut 50m 6 Tahun Nada Johan Larian Pecut 50m 4 Tahun ngan pingat2 lain.. Ibu menang lemak bertingkat-tingkat..? . #harisukanabim #anakanakbabajuara #tahniahsemua? . @afifahamin @jadthaqiffc @hadthaqiffc @nadasoffea_fc

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Jad, Had dan Nada.

“Hebat anak-anak ibu dan ayah! Jaguh belaka!” komen @roslan_daud

“Sesekali lepas ke track open cc champion terus hahaha tapi Nada tu yang masih macam tak percaya dia boleh lari laju hahahaha,” tulis @kurin_2611

Terdahulu, Ajak dan Nur Afifah berkahwin pada 6 Jun2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.