Siapa peminat Syafiq Kyle dan Mimi Lana?

Selepas Pusaka, pasangan sama cantik sama padan, Syafiq dan Mimi kembali bersatu membintangi filem komedi seram, Saka Nan Sepi.

Gandingan mereka yang akan ditayangkan pada 10 Disember ini pasti dapat mengubati kerinduan peminat yang mahu melihat mereka bersama.

Berbeza dengan filem seram Malaysia 2019 sebelum ini, Saka Nan Sepi bakal menyuntik elemen lucu terutamanya kepada hantu itu sendiri.

Saka Nan Sepi yang mendapat sentuhan daripada pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman boleh ditonton menerusi filem terbitan Astro Shaw dan produksi Alpha47 Films.

Selain dua pelakon utama itu, ia turut dibintangi oleh Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)


Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.

Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.

Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.

BACA: Rindukan Filem Komedi Seram? Sabar.. Saka Nan Sepi Bakal Temui Penonton 10 Disember Ini!

Jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.



Instagram: @syafiqkylez​ & @missmimilana