Berita

"Mansuh Peperiksaan UPSR, PT3 Bukan Saya Tapi MP Putrajaya" - Fadhlina Sidek

gempak
Gempak
03/12/2024
15:25 MYT
Sponsor Banner
"Mansuh Peperiksaan UPSR, PT3 Bukan Saya Tapi MP Putrajaya" - Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022 bukan keputusan beliau, sebaliknya dibuat Datuk Dr Radzi Jidin ketika memegang jawatan itu.

BERITA TRENDING: Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"

Bagaimanapun, Fadhlina berkata, buat masa ini, keputusan kementerian itu jelas iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
"Saya dapati ramai ahli Yang Berhormat (YB) masih berminat isu berbangkit berkaitan peperiksaan. Ramai yang bertanya, menggesa (peperiksaan) mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak kita khususnya selepas pemansuhan UPSR dan PT3.
"Saya ingin beri penegasan, yang hapuskan peperiksaan bukan saya tetapi Putrajaya (Radzi Jidin). Saya ambil pendekatan apa yang ada dalam sistem sekarang ini khususnya pentaksiran. Ini harus diberikan kekuatan, penegasan dan juga (usaha) memperkukuh guru-guru kita," katanya ketika Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.

​BERITA TRENDING: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”

​BERITA TRENDING: “Sebelum Ni Maki Aku…”- UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Bangga Buktikan Sijil Pelajaran Tak Penting

​BERITA TRENDING: Rasmi! Ujian UPSR Mansuh Sepenuhya & PT3 2021 Pula Batal

Susulan jawapan diberikan Fadhlina, Radzi bingkas bangun dan mencelah untuk memberikan pencerahan berhubung isu terbabit.
Beliau menyifatkan keputusan pemansuhan UPSR dan PT3 bukan atas arahannya, sebaliknya dibuat secara kolektif dengan persetujuan KPM.
"Berlaku adillah pada saya...yang hapuskan peperiksaan adalah Kementerian Pendidikan. Ia adalah collective responsibility (tanggungjawab bersama)," katanya.
Memperincikan justifikasi pelaksanaan PBS, Fadhlina berkata, ia antara usaha KPM bagi pembangunan pendidikan secara holistik.
"Ingin saya tegaskan, peperiksaan tidak boleh ambil alih soal pembangunan pendidikan. Apa yang kita mahu adalah melihat anak-anak kita membesar dan mendapat pendidikan secara holistik.
"Sebab itu saya setuju ada antara soalan dikemukakan YB berkaitan sukan, pembabitan badan beruniform... kerana ini yang kita sedang lihat dalam pendidikan.
"Keseluruhan konteks ini sama penting dan sangat penting untuk pembangunan anak kita," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024