gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabila Razali & Jack Tan Bersatu Dalam Siri Drama Menyentuh Hati, Senyuman
HIBURAN
Tori Spelling Dakwa Anjing Makan Jari Kaki Sewaktu Menginap Di Hotel Mewah
HIBURAN
Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk ‘Pecahkan’ Ego Super Star
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Mantap Lakonan!" - Penonton Ucap Tahniah Kepada Raysha Rizrose

Asraf Aided
Asraf Aided
12/05/2021
01:24 MYT
Sponsor Banner
"Mantap Lakonan!" - Penonton Ucap Tahniah Kepada Raysha Rizrose
Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 29 April lalu.
Mendengar nama pengarahnya, tidak hairanlah filem ini menerima reaksi positif daripada kebanyakan penonton.
Jalan cerita yang hebat sahaja tidak cukup melengkapkan sesebuah naskah, sudah tentu barisan pelakon yang membintangi juga memainkan peranan besar.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram Raysha Rizrose, rata-rata pengikut memuji kualiti lakonannya dalam Seandainya Kau Ada.
Bukan sekadar memuji, ada juga warganet yang mengucapkan tahniah kepada Raysha atas kejayaan lakonannya dalam filem berkenaan.
"Best sangat cerita ini, tahniah @raysharizrose mantap lakonan.
"Suka tengok @raysharizrose berlakon.
"Alhamdulillah baru selesai tonton cerita ni, tahniah kepada @raysharizrose dengan lakonan yang hebat bersama @fendybakry, @ruhainies , @aiditnoh dan beberapa pelakon lain," tulis warganet.
Selain Raysha, Fendy, Ruhainies dan Aidit, Seandainya Kau Ada turut dibintangi Fauziah Nawi, Rozita Che Wan, Haris Ismail, Scha Elinnea dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang menontonnya menerusi langganan di Astro First (saluran 480).
Dengan hanya RM15, anda dapat menonton filem ini secara berulang dalam tempoh 48 jam.
Ia turut boleh distrim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Filem
#Raysha Rizrose
#Seandainya Kau Ada
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement