,
Viral

Manusia Tertua Di Dunia, Maria Branyas Meninggal Dunia

Ernalisa
21/08/2024
09:55 MYT
Maria Branyas, orang paling tua di dunia yang berusia 117 tahun, meninggal dunia pada Isnin, lapor Agensi Anadolu pada Selasa.
Dilahirkan pada 4 Mac 1907 di San Francisco, Amerika Syarikat, Branyas berpindah ke Sepanyol semasa kecil pada 1915.

BERITA BERKAITAN : Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

BERITA BERKAITAN : "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

BERITA BERKAITAN : "Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

BERITA BERKAITAN : Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

Beliau memegang gelaran sebagai orang paling tua di dunia sejak 17 Januari 2023, selepas kematian super sentenarian Perancis, Lucile Randon pada usia 118 tahun, menurut agensi itu yang memetik media Sepanyol. Seorang super sentenarian ialah individu yang berusia 110 tahun atau lebih.
Kumpulan Penyelidikan Gerontologi (GRG), yang menyelia senarai Rekod Dunia Guinness untuk orang paling tua, mengesahkan bahawa usia dan status Branyas telah disahkan secara saintifik.

Pada bulan Julai, beliau menjadi individu kelapan paling lama hidup dalam sejarah yang direkodkan, menurut data GRG.
Memetik laporan Sinar Harian, kehidupan Branyas merangkumi pelbagai peristiwa bersejarah, termasuk terselamat daripada pandemik Covid-19.
Pada usia 113 tahun, beliau dijangkiti dan sembuh daripada virus itu pada April 2020, menjadikannya sebagai individu tertua yang diketahui berjaya pulih daripada penyakit berkenaan pada masa tersebut. Sebelum pengiktirafan globalnya, Branyas telah diiktiraf sebagai orang paling tua di Sepanyol sejak 22 Disember 2019.
Kumpulan Penyelidikan Gerontologi dan Rekod Dunia Guinness dijangka mengumumkan pemegang baharu gelaran "orang paling tua di dunia" dalam masa terdekat.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.