Laman Utama

Maraton 42.2KM Berbaju Melayu Bulan Bintang, Pelari Terkenal Edan Syah Lakar Guiness Book of Record Di London!

Amri Hassan
25/04/2023
03:53 MYT
Pelari maraton terkenal, Mohd Syahidah Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah telah berjaya melakar sejarah baharu untuk Guinness World Records bagi larian maraton dalam acara TCS London Marathon di London, United Kingdom pada Ahad.
Acara TCS London Marathon yang merupakan perlumbaan jalan raya tahunan ke-2 terbesar di UK sekali gus telah memecah Guinness World Records dalam kategori Fastest Marathon in Traditional Malay Dress (Male).
Edan telah menamatkan lariannya sejauh 42.2km dengan catatan masa 2 jam 49 minit 22 saat sambil memakai persalinan lengkap Baju Melayu, sampin dan songkok yang direka khas oleh Bulan Bintang.
"Satu cabaran luar biasa yang cuba saya lakukan sepanjang 12 tahun maraton journey saya dan kami berbangga untuk mempersembahkan keunikan Baju Melayu di TCS London Marathon 2023.
"Antara maraton terbesar 40,000 runners, tertua di dunia dan salah satu antara enam world Marathon majors! Let's make baju melayu great again," tulis Edan dalam hantaran di Instagramnya.
Sementara itu, kata ketua pereka fesyen Bulan Bintang, Mas Anneesya, penghasilan Baju Melayu ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia berbeza dengan Baju Melayu yang dijual di pasaran.
"Baju Melayu yang direka khas ini menggunakan fabrik jersi dan mesh kerana ia ringan, breathable, airy dan tidak membebankan.
"Ia adalah untuk memastikan agar atlet dapat berlari pada momentum yang stabil selain tidak menjejaskan larian beliau.
B"agi rekaan seluar, Bulan Bintang menghasilkan seluar panjang dengan poket di sebelah kiri dan kanan serta pinggang elastik kerana praktikalitinya untuk larian jarak jauh.
"Invisible zip di bahagian buku lali yang ditutupi dengan kain juga direka dan diinovasi untuk mengelakkan kaki daripada lebam atau melecet selain memudahkan atlet untuk memakai kasut.
"Lebih menarik lagi, reka bentuk samping bercetak yang dipakai Edan Syah mempunyai poket yang berfungsi untuk meletakkan gel tenaga untuk pelari dan botol air kecil.
"Bagi rekaan songkok pula, team Bulan Bintang masih mengekalkan rupa asal songkok dengan menggunakan fabrik baldu tetapi mengubahnya dengan meletakkan panel di atas songkok berserta fabrik mesh dengan saiz lubang yang lebih besar untuk membolehkan pengudaraan yang lebih banyak," ujarnya.
Untuk rekod, Edan Syah yang juga merupakan jurulatih @www.sacrun.coach larian mempunyai rekod berlari lebih 30 maraton penuh dengan catatan masa Terbaik Peribadi selama 2 jam 30 minit.
Beliau telah berlari sebanyak 30 maraton penuh di bawah 3 jam dan telah berlari di Maraton Boston iaitu maraton tahunan tertua dan paling berprestij di dunia sebanyak dua kali (2015 & 2017).
Beliau juga merupakan pemegang Guinness World Records sebagai pelari Maraton Terpantas yang berpakaian bendera kebangsaan (lelaki) dengan catatan masa 2 jam 54 min 34 saat di Blackmores Sydney Running Festival pada 16 September 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Berita

Singapura Atasi London, New York Dalam Ranking 10 Bandar Raya Termahal Di Dunia, Semak Carta Penuh!

gempak
17/06/2024
13:42 MYT
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global.
Gaya Hidup

Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Kini Bulan Bintang Nak Belanja Pasangan Honeymoon Percuma Di Bali!

gempak
10/06/2024
19:54 MYT
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia
Hiburan

Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."

gempak
30/05/2024
06:25 MYT
Pelakon dan model Thanuja Ananthan membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.
Hiburan

Recap: Ini Perkara Menarik Yang Berlaku Pada Konsert Jelajah ONEUS La Dolce Vita!

gempak
13/05/2024
14:55 MYT
Pertama kali membuat persembahan di Kuala Lumpur, ONEUS tampil dengan persembahan yang cukup luar biasa.