Mardiana Alwi Timang Anak Lelaki

Kamaruddin Razal
Jun 25, 2018 11:36 MYT
Aktres drama bersiri Isteri Tuan Ihsan, Mardiana Alwi, 30, selamat melahirkan anak lelaki pada 22 Jun lalu.
Selepas lebih dua tahun menanti, Mardiana dikurniakan cahaya mata lelaki.
Pelakon itu berkongsi perkhabaran gembira tersebut di laman Instagram miliknya.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Mardiana atas kelahiran putera sulungnya.
Mardiana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abdul Aziz Rahamat pada 21 November 2015.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mardiana
#pelakon #Pelakon #Mardiana Alwi