gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Maria Farida Kahwin Ahli Perniagaan 62 Tahun

Ahmad Shah
Ahmad Shah
26/11/2015
16:15 MYT
Sponsor Banner
Maria Farida Kahwin Ahli Perniagaan 62 Tahun
Pelakon Maria Farida telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berusia 62 tahun, yang dikenali sebagai Datuk Rahman.
Pasangan mempelai ini dinikahkan dengan sekali lafaz pada pagi Khamis bertempat di Kuala Lumpur Golf Club (KLGC) Bukit Kiara.
Maria telah menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 beserta sebentuk cincin.
Bagaimanapun tiada wang dan dulang hantaran diberikan oleh pihak lelaki.
Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis seperti Datin Sri Tiara Jacquelina, Fasha Sandha dan Ferhad.
Maria yang kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Cosry itu, turut tersenyum sewaktu upacara menyarungkan cincin.
Difahamkan enam anak Rahman hasil perkahwinan terdahulu turut hadir bagi meraikan hari bahagia bapa mereka.
Pasangan itu juga dikatakan tidak mengadakan majlis persandingan.
Sebelum ini, Maria Farida telah dikurniakan seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 18, hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Pernikahannya dengan Rahman sekaligus menamatkan status Maria yang telah menjanda selama 10 tahun.
Terdahulu, tercetus kekecohan apabila seorang wanita yang mengakui dirinya isteri Rahman tampil dengan kenyataan di laman sosial mengatakan Maria merampas suaminya.
Maria bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan pasangan itu bercerai kerana masalah peribadi dan tiada kaitan dengannya.
Malah dia juga mendedahkan sudah bertunang dengan Datuk Rahman namun tidak memaklumkan tarikh pernikahan.
Olahan Semula: Mya Amri
Sumber: Harian Metro
Congratulations my dear friend, former sidekick and partner in crime @mariafarida and Dato Rahman.. so happy you finally found happiness together, and so glad I could be there to bear witness and cry my eyes out #kisahcintamariarahman
A video posted by Tiara J (@tiarajacquelina) on Nov 25, 2015 at 11:08pm PST
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Maria Farida
#Kahwin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement