Jika dihitung, ramai juga sebenarnya dalam kalangan artis yang pernah bergelar seorang pramugari sebelum berkecimpung dalam industri hiburan.
Barangkali pakej fizikal lengkap yang ada sebagai seorang kru kabin itu membuatkan mereka lebih mudah untuk mencuba nasib sebagai orang seni.
Begitu juga dengan pengacara dan personaliti televisyen Maria Tunku Sabri yang pernah bergelar seorang pramugari.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Maria berkongsi gambar kenangan dirinya ketika bertugas bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kira-kira dua dekad yang lalu.
"Zaman saya dan bff (sahabat baik) saya bekerja sebagai pramugari di Malaysia Airlines System MAS tahun 1980-an. Tengok solekan zaman ni Lancome ajar cara make up.
"Zaman ni on lah make up macam ni, mengepak kami bila berjalan rasa macam burung merak. Cuba teka saya yang mana satu???," katanya.
Dalam entri tersebut selebriti berusia 44 tahun itu berkongsi gambar dirinya bersama rakan setugas yang lain.
Ternyata perkongsian pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu mencuri tumpuan pengikutnya di Instagram.
Rata-rata memuji penampilan Maria yang dilihat cukup berbeza dengan dirinya sekarang.
Bahkan, ada yang tidak pernah menyangka Maria pernah bekerja di awan biru sebagai Ketua Pramugari selama lapan tahun.
"Cantik dan kurus akak dulu-dulu.
"Wah, cantiknya!
"Oh baru tahu sis pernah jadi pramugari, patutlah manis.
"Akak yang rambut pendek tu, masih sama boleh cam lagi," komen sebahagian pengikutnya.
Penampilannya yang cukup ramping itu membuatkan Maria turut mendedahkan berat badannya ketika itu.
"Ya Kak Liza, zaman 50kg," katanya.
Bahkan, menerusi ruangan komen, Maria mengakui pernah berkhidmat bersama-sama penyanyi Ziana Zain yang ketika itu merupakan juniornya dalam industri penerbangan.
Bukan itu sahaja, perkongsian Maria ini juga membuatkan ada kenalan lamanya muncul berkongsi pengalamannya yang pernah bertugas di bawahnya.
"Awak pernah buat saya menangis masa terbang 737 dulu. Saya ingat sampai hari ni. Salah seorang LSS (Leading Stewardess) yang garang pernah saya jumpa di MAS," komen Azima Jaafar.
Bagaimanapun, Maria yang membalas komen tersebut kemudian mengakui dirinya seorang yang tegas ketika bekerja.
Sejak akhir-akhir ini beberapa artis lain turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu bergelar pramugari selepas industri penerbangan berada dalam keadaan merudum akibat pandemik Covid-19 sehingga ramai yang terpaksa berdepan masalah kehilangan pekerjaan.
ZULHILMI JALIL
Mon Nov 09 2020
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.