Penyanyi berstatus diva, Mariah Carey akan memasukkan lagunya yang bertajuk ‘Ken Lee’ dalam setlist konsertnya, Caution World Tour.

Berkongsi setlist itu di Twitternya, @mariahcarey semalam, 23 lagu akan dipersembahkan termasuklah satu lagu encore, ‘Ken Lee’.“I’m looking at the Caution Tour Spring 2019 setlist and we have a new addition to it. It is, an encore and it’s called Ken Lee”, katanya menerusi video berdurasi 13 saat itu.

‘Kee Lee’ yang dimaksudkan adalah lagu hitnya pada tahun 1993, Without You. ‘Ken Lee’ diambil daripada liriknya ‘can’t live’ yang diulang beberapa kali.

Lagu ‘Ken Lee’ pernah menjadi tular beberapa tahun lalu apabila seorang peserta pencarian bakat Music Idol di Bulgaria membawakan lagu Without You.


Dengan lirik yang dinyanyikan sehingga membuatkan juri semua tercengang, peserta itu dengan yakinnya menjerit ‘Ken Lee’ setibanya masuk korus lagu.

Konsert Caution Tour Mariah Carey telah bermula pada 27 Februari lalu dan bakal berakhir pada 11 Julai ini.

Destinasi konsert seterusnya meliputi benua Eropah dimana Mariah akan mengadakan konsertnya di Paris, Barcelona, Hamburg dan banyak lagi.