Hiburan

Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

gempak
Maliah Surip
17/03/2024
03:05 MYT
Sponsor Banner
Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”
Kisah Marissa Dania Hakim menjadi isteri kedua kepada Mohd Aslam membuat ramai melabelkan anak kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim tersebut dengan istilah penyondol.

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand

Diminta mengulas tentang istilah sondol-menyondol, Abby dengan rasional mengatakan dalam situasi seperti ini (curang), tidak sepatutnya hanya satu pihak yang dipersalahkan.
“Saya sebenarnya dalam situasi seperti ini selalu melihat kepada kedua-dua pihak. Saya tidak salahkan satu pihak.
“Kalau nak salahkan, salahkan dua-dua. Salahkan lelaki, salahkan perempuan.
“Dan perempuan memang tentu salah sebab dia menjadi orang ketiga,” kata Abby kepada Gempak.
Abby kemudian menambah, pihak lelaki juga harus bertanggungjawab dan dipersalahkan kerana membuka ruang atau melayan kecurangan yang terjadi.
“Salahkan lelaki juga kerana lelaki itu bukan anak patung yang boleh dibawa ke sana ke mari oleh pihak ketiga, tidak.
“Jika dia tak nak, tak akan berlaku hubungan yang kedua.
“Jadi apa yang saya nak cakap, saya tak tahu mana datang istilah itu (penyondol) tapi tak patutlah menyalahkan pihak ketiga sahaja kerana yang lelaki pun ada salah juga,” kata Abby.
Abby kemudian memberitahu tidak sedar bila Marissa boleh terjebak bercinta dengan suami orang kerana anak gadis sulungnya itu memang pendiam dan jarang berkongsi cerita dengannya.
“Saya memang tidak sedar bila mereka bercinta. Apa yang saja tahu, Aslam dam Marissa dulu pernah satu sekolah. Jadi mungkin kawan satu sekolah dan keluarga lelaki pun kami kenal begitu sahaja. Itu sahaja.
“Sejak bila mereka berkawan atau punya hubungan ke apa ke memang di luar pengetahuan saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian" - Misya Mazlan

Sebelum ini Abby secara eksklusif mengesahkan kepada Gempak, Marissa, 19, sudah menikah dengan Mohd Aslam di Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan mereka.
Perkahwinan itu menjadikan Marissa sebagai isteri kedua Aslam selepas kecurangan mereka terbongkar pada tahun lalu.
Isteri pertama Aslam dikenali sebagai Misya, 25 tahun.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian" - Misya Mazlan

Tonton temubual penuh Gempak Most Wanted: Motif Trending bersama Abby Abadi di YouTube Gempak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live