Viral

Marissa Senyum Berbuka Puasa Dengan Family, Netizen Tanya - “Aslam Mana, Tak Dijemput Ke?”

gempak
Mya Amri
16/03/2024
04:33 MYT
Sponsor Banner
Marissa Senyum Berbuka Puasa Dengan Family, Netizen Tanya - “Aslam Mana, Tak Dijemput Ke?”
Anak pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim mencuri tumpuan netizen apabila hadir berbuka puasa bersama keluarganya.
Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh pelakon Memey Suhaiza di TikTok, kelihatan Marissa sedang tersenyum sambil menikmati makanan.
Bagaimanapun, kelibat suaminya iaitu Aslam tidak kelihatan sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.
@memeysuhaizaofficial_ Day 4… mummy cuti masak sebab mama @abbyabadi ♬ Ramadan Kareem - Megan Yagami
Rata-ratanya meneka sama ada Aslam tidak dijemput dan tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan lelaki itu berbuka di dapur.
Antara komen yang diterima:

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu Lagi!

Sebelum ini kecoh apabila Marissa didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Malah, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai dan mereka turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand

Jangan lupa saksikan perkongsian Abby berkenaan dengan perasaannya terhadap dugaan yang dilalui dengan lebih mendalam menerusi temu bual eksklusif bersama GMW: Motif Trending yang akan disiarkan pada Sabtu, 16 Mac 2024.
Teruskan layari gempak.com/gempakmostwanted
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024