Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Masa Akad Nikah Pun Ada Punchline" - Issey Kongsi Momen Sesi Akad Nikah Terhenti Gara-Gara Tok Kadi...

ZULHILMI JALIL
26/12/2019 06:50 MYT
Pelawak yang juga penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi momen melucukan yang terjadi sewaktu majlis akad nikahnya yang diadakan di Calamaya Garden, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
 
Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, memberitahu bahawa tok kadi yang menikahkannya itu terhenti daripada meneruskan lafaz akad nikah gara-gara terlupa mendapatkan kebenaran menjadi wakil wali terlebih dulu.
 
Perkara itu dikongsikan Issey menerusi satu entri video yang memaparkan gelagat jurunikahnya yang disifatkan sebagai satu bentuk 'punchline' yang menjadi.
 
"Masa akad nikah pun ada punchline. Boleh pulak kadi lupa haha..‘Eh ayah dia tok wakil wali lagi’," tulis Issey.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masa akad nikah pun ada punchline. Boleh pulak kadi lupa haha ‘Eh ayah dia tok wakil wali lagi’ @calamayagarden #isseyxaimi #gengissey #akadnikah

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on


 
Sejurus menyedari hal tersebut jurunikah, Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji, Tengku Mahmood Tengku Ibrahim dilihat cepat-cepat melepaskan genggaman tanggan Issey.
 
Insiden itu kemudian disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir  gara-gara momen melucukan tersebut.
 
"Nakal juga tok kadi pun.
 
"Kadi buat perangai JKK kampung kalut sat.
 
"Ingat @isseyfazlisham seorang yang reti buat lawak, tok kadi pun reti jugak," tulis sebahagian netizen yang terhibur dengan gelagat jurunikah.
 
Issey mendirikan rumah tangga dengan Noor Aimi Mohamed Jamel, 32, pada 22 Disember lalu.
 
Pasangan itu kini sedang berbulan madu di Korea Selatan.
 
Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016.
#Pelawak #Issey