Penyanyi dan pelakon Elyana berkongsi keadaan terkininya yang sedang menerima rawatan bagi kanser limfoma yang dihadapinya di sebuah hospital.

Menurut Elyana penglihatannya kini sudah semakin kabur dan akui terkesan dengan perubahan itu.

“Penglihatan semakin hari makin kabur...Baru tahu seksanya rabun...

“Masa kecil, nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata.. Sanggup tengok televisyen dekat-dekat,” katanya.

Pelantun lagu Pakai Kanta Cinta itu berkongsi perkembangan kesihatannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik fotonya yang sedang duduk di atas sofa berada di sisi katil hospital.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan penyanyi tersebut.

“Moga dipermudahkan segala urusan dan terus kuat dan bersemangat..,” komen salah seorang pengikutnya.

“Alahai...tu la kan..kesan ubat ni kadang-kadang tak jangka. Semoga terus kuat..,” kata salah seorang warga maya.

Difahamkan, Elyana kini menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Sejak 10 tahun, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)