“Masa Kecil, Raya Mesti Pergi Rumah Tokti” – Ezzaty Abdullah Nervous Datuk Siti Kenal

Mya Amri
Oktober 31, 2018 08:00 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah akui gementar bertemu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Ezzaty, dia merupakan peminat Datuk Siti sejak kecil lagi.
Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini juga turut berkongsi memori manis bersama Datuk Siti suatu sewaktu zaman kanak-kanak.
“Semalam punya cerita. Nervous bila idola ada depan mata. Masa kecik dulu tiap-tiap tahun hari raya mesti pergi rumah Tokti.
“Dapat lah duit raya RM2. Sekarang Tokti pulak dah kenal. Baca kisah kesakitan saya lalui operation untuk breast abscess. Rasa bangga pulak. Kihkih,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
Terdahulu, Ezzaty dan suami telah menghadiri majlis sambutan hari lahir menantu Datuk Siti, Tya Arifin yang diadakan baru-baru ini.
Foto: Instagram @ezzatyabdullah
#pelakon #Ezzaty Abdullah #Pelakon #Datuk Seri siti Nurhaliza