Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Masa Kemas, Bibik Naik Bilik Peluk Puas-Puas” – Sebaknya, Isteri Fad Bocey Kongsi Momen Terakhir Pembantu Rumah Bersama Anak-Anak

Mya Amri
07/08/2019 12:53 MYT
Isteri kepada pelawak dan Bintang Muzikal Lawak Superstar Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman berkongsi momen terakhir pembantu rumahnya bersama anak-anak sebelum pulang ke Indonesia.

Tidak dapat menahan sebak, Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera berkongsi video pendek beserta coretan istimewa buat pembantu rumahnya di akaun Instagram hari ini.

Menurut Syeera, pembantu rumahnya itu merupakan seorang yang sangat baik, tidak banyak merungut dan rapat dengan anak-anaknya.

“Bye bibik, after we go through so many helper dan Titin Patimah yang paling last dan bertahan selama 2 tahun lebih. Dia manusia pasti buat silap, bila buat silap tentunya kita jadi singa.

“Tapi tak penah simpan dalam hati bila marah dia, hanya marah waktu salah dan lepas tu lupakan sebab bila kitorang kerja dialah yang urus rumah, jaga anak-anak, suap anak-anak makan, masa masak dialah tolong melayan anak-anak dan macam-macamlah.

“Tangan dia macam 10, tak penah sakit weh dan sangat hebat selama dua tahun lebih sekali pun tak pernah bawa dia pergi klinik.

“Dia cuma penah demam batuk, minta panadol lepas tu lega. Tenaga dia sangat hebat, mintalah dia buat apa sikit pun tak berkira, sebab tu kitorang tak pernah berkira dengan dia.

“Mahal baju aku mahallah baju dia. Bila beli baju tidur dekat Giant sama juga bajunya untuk aku. Suka bila tengok orang bersih kemas sebab jaga anak-anak, kita kena make sure helper kita jaga kebersihan.

“Dia boleh ikut rentak kami yang jenis particular bab bersih ni. Dua tahun setiap bulan sembilan mesti sambut hari jadi dia tapi tahun ni bibik dah balik kampung.

“Mungkin lebih bermakna bila sambut dengan keluarga sendiri. Tahun depan harapnya kita dapatlah raya lagi pakai baju sedondon macam tahun ni.

“Dia tak pernah mintak phone selama dua tahun kerja, dia cuma tunggu bila suami dia call phone kitorang baru la dia teruja nak cakap.

“Jadi bila dia dah nak balik kitorang hadiahkan dia phone baru. Seronok dia, phone tu tujuan untuk senangkan dia hubungi anak-anak.

“Bye bibik, ni malam terakhir kitorang nak hantar bibik ke rumah makcik sebab kitorang nak balik kampung awal. Penerbangan dia hari Selasa jadinya tak sempat hantar.

“Untuk tak nak bagi budak-budak nangis, masa kemas-kemas barang bibik naik bilik diorang peluk diorang puas-puas. Sebab belum tentu lepas ni kita jumpa lagi ke tak tapi saya selalu doa bibik akan balik. Hayyan keep cakap nak ikut bibik. Zayyan keep cakap bibik datang lagi ya.

“Habis aku yang rakam tu korang rasa macam mana? Aminah bila dah tengok semua peluk dia macam faham sangat bibik akan pegi jauh.

“Terima kasih bibik untuk dua tahun kenangan pahit manis kita. Terima kasih uruskan anak-anak tanpa mengeluh.

“Kalau anak-anak biadap dengan dia, tak penah daddy diorang biarkan. Kau buat bibik depan kitorang ha memang siaplah daddy dia bedal. Please doakan bibik balik semula,” coretnya.

Bye bibik ? ,after we go through so many helper dan titin patimah yang the last and bertahan selama 2 tahun lebih .dia manusia ,pasti buat silap .bila buat silap of course kita jadi singa .tapi tk penah simpan dlm hati bila marah dia .hanya marah time salah dan lepastu lupakan .sebab ,bila ktorang kerja dia lah yg urus rumah ,jaga anak2 ,suap anak2 makan ,masa masak dia la tolong melayan anak2 dan mcm2 lah .tangan dia mcm 10 .tk penah sakit weh dan sgt hebat selama 2 tahun lebih sekali pun tk pnah bwk dia gi clinic .dia cuma penah demam batuk .mntk panadol pastu lega .energy dia sgt hebat .mntk la dia buat apa .skit pun tk berkira .sebab tu ktorang tk penah berkira dgn dia .mahal baju aku ,mahal la baju dia .bila beli baju tdoq dkt giant sama jgk bajunya utk aku .suka bila tengok org bersih kemas .sbb jaga anak2 kita kna make sure helper kita jaga kebersihan .dia boleh ikut rentak kami yg jenis particular bab bersih ni .2 tahun setiap bulan 9 mesti celebrate birthday dia but tahun ni bibik dah balik kampung .mungkin lebih bermakna bila celebrate dengan keluarga sendiri .tahun depan harapnya kita dapat la raya lagi pakai baju sedondon mcm tahun ni .dia tak pernah mntk phone selama dua tahun kerja .dia cuma tunggu bila suami dia call phone ktorang baru la dia excited nk ckp .so bila dia dh nak balik ktorang hadiahkn dia phone baru .seronok dia .phone tu tujuan utk senangkn dia contact anak2 . . Bye bibik ,ni malam last ktorang nak hantar bibik ke rumah makcik sbb ktorang nk blik kampung awal .flight dia hari selasa jdinya tk sempat hantar .utk tknk bgi bdk2 nangis .masa kemas2 brg bibik naik bilik diorang peluk diorang puas2 .sebab belum tentu lepas ni kita jumpa lgi ke tak .tapi sy selalu doa bibik akan balik .hayyan keep ckp nak ikut bibik .zayyan keep ckp bibik dtg lgi ye .hbes aku yg rakam tu korang rasa mcm mna ???? .Aminah bila dh tengok semua peluk dia mcm faham sgt bibik akan pegi jauh .terima kasih bibik utk 2 tahun kenangan pahit manis kita .terima kasih uruskan anak2 tanpa mengeluh .kalau anak2 biadap dengan dia tk penah daddy diorang biarkan .kau buat bibik depan ktorang haa mmg siap la daddy dia bedal .please doakan bibik balik semula ???

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga sebak melihat video tersebut dan tidak kurang juga ada yang mengalami situasi yang sama seperti keluarga Fad.

“Faham sangat, sebab pernah ada bibik. Alhamdulillah dapat semua yang baik baik memang layan semua bibik macam keluarga. Semua bertahan sampai lima tahun habis kontrak tukar, sedih sangat bila bibik pulang ke tanah air sendiri, tapi tulah kebahagiaan dorang. Moga bibik awak kembali lagi. Semoga dipermudahkan,” kongsi @irdinaroslii

“Power sangat kasih sayang keluarga dengan bibik, sampai kita pun terasa sebaknya,” komen @jill_rjm

Terdahulu, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
#Fad Bocey #Syeera A Rahman
;