Pengarah Razaisyam Rashid berkongsi pengalaman seram mereka ketika menjalani penggambaran filem Pusaka.

Cerita terbabit dikongsikan oleh Razaisyam menerusi salah satu sesi temu bual 'behind the scene' filem Pusaka.

Laman sosial Instagram rasmi Astro Shaw berkongsi potongan video tersebut dan ia telah dimuat naik beberapa hari lalu.

Berikut merupakan video perkongsian Razaisyam dan pelakon filem Pusaka, Hafidz Roshdi:

Seram jugak Pusaka ni. Sarjan Luqman dan pengarah Razaisyam Rashid kongsi pengalaman mereka sendiri diganggu.. . Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on



Masih hangat ditayangkan di pawagam, filem Pusaka berjaya meraih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.