"Masa Tengah Sarapan, Tiba-Tiba Dia Jatuh Dari Kerusi Makan" - Anak Saudara Ridzuan Hashim

Amri Hassan
Mei 4, 2023 08:00 MYT

Anak saudara kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Iman Zulkarnain memberitahu bapa saudaranya meninggal dunia ketika di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras.

Iman yang juga pelakon tanah air memberitahu arwah tiba-tiba jatuh ketika sedang bersarapan.
"Masa tu anak dia pun ada di rumah. Masa tengah sarapan, tiba-tiba dia jatuh daripada kerusi makan.
"Anak dia terus bawa ke hospital dan bila sampai di sana, arwah dah tiada," maklum Iman menerusi kiriman mesej suara kepada media.

Jenazah Allahyarham Ridzuan Hashim yang masih berada di Hospital Kuala Lumpur difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.
Menurut Iman lagi, jenazah bapa saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

#pelakon #Meninggal Dunia #Sarapan #Iman Zulkarnain #Anak Saudara #Ridzuan Hashim