"Masa Untuk Social Media Distancing" - Beto Kusyairy Mahu Berehat?

Asraf Aided
Mac 31, 2020 23:30 MYT
Pelakon Beto Kusyairy memberi gambaran seolah-olah dia mahu berehat dari media sosial.
Beto berkongsi perkara itu menerusi sebuah kenyataan yang ditulis di akaun Twitter miliknya malam tadi.
Menurut Beto, dia merasakan terlalu banyak unsur negatif dan kebencian disampaikan oleh orang ramai menerusi media sosial.
"Masa untuk social media distancing juga untuk aku, terlalu banyak kebodohan, tidak menghormati orang lain, kebencian juga di mana-mana.
"Moga bertemu di masa akan datang, kekal sihat dan selamat," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat lebih dua ribu ulang kicau, ramai juga yang membalas 'tweet' tersebut menyuruh Beto untuk menjaga diri dengan baik.

Masa untuk social media distancing jugak untuk aku. Too much stupidity. Too many insults. Hatred everywhere. Till then..stay healthy, stay safe.♥️

— Beto Carotene ?? (@Beto_Kusyairy) March 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekadar info, pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2001 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
#pelakon #Pelakon #Media Sosial #Beto Kusyairy