Teman rapat penyanyi Rap Zynakal yang dikenali sebagai Syazwan Zanini, mengesahkan sahabatnya itu bertindak mencekik pekerja stesen minyak kerana gangguan mental.
Syazwan berkata, Zynakal ditahan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selepas disahkan menghidap Bipolar Mania dan perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan.
“Kami pujuk Zynakal untuk ke hospital selepas selesai kes mahkamah dia pada Jumaat lalu. Dia menolak pada mulanya.
“Tapi akhirnya dia akur dan keputusan doktor mengesahkan dia mengalami salah satu masalah gangguan mental dan perlu dirawat segera,” katanya.
Tambah Syazwan lagi, emosi Zynakal masih belum stabil dan kelakuannya juga tidak boleh dijangka.
Syazwan turut menafikan dakwaan Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang kerana, hasil pemeriksaan air kencing komposer muda tersebut negatif .
“Dia belum stabil…kadang-kadang nampak okay tapi dia boleh juga berubah jadi tak okay tiba-tiba.
Watak dia pelbagai dan kita tak boleh nak faham apa yang dia nak sampaikan ketika berbual. Yang mengenali Zynakal mesti tahu itu bukan diri dia,” katanya.
Zynakal di tahan polis pada Rabu lalu selepas mencekik seorang pekerja stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur.
Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dan dikenakan denda sebanyak RM2,800 atas kesalahan mencederakan seorang pekerja Bangladesh dan menghalang tugas polis.
Sumber: mStar Online
Fiza Kamarudin
Tue Sep 03 2019


Emma Maembong Syukur Doa Di Hadapan Kaabah Dimakbulkan - “Tahun Ini Diberi Rezeki Untuk…”
Alhamdulillah...

“Lazarul Kecundang Kerana…”- Akui Finalis ATNM2 Terbaik, Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri
Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri

Akaun TikTok Palsu Guna Semula Video ‘Live’ Syifa Melvin Untuk Jual Barang Murah - “Manusia Ini Nak Duit Cepat Tapi…”
Janganlah ambil kesempatan!

“Sekurang Kurangnya Saya Tak Fake…” - Mawar Karim Kongsi Quotes Perli Siapa?
Ditujukan pada siapa itu?
_1.png?ext=.png)
“To Carry Without Mistake” - Ummi Nazeera Tak Mahu Cetus Kontroversi Sebagai Duta Hijab Snowcap Berhantu
Bagus niat Ummi
.png?ext=.png)
Muat Naik Gambar Ketika Berat Lebih 100kg & Terkini, Aishah Berang Dituduh Sakit, Ada Kencing Manis
Aishah Berang Dituduh Sakit, Ada Kencing Manis

Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Maut 7,900, Bayi Bertali Pusat Selamat & Masjid Jadi Tempat Berlindung
Sehingga hari ketiga angka kematian dilaporkan meningkat kepada 7,900 orang.

"Kami Akan Bernikah Dalam Masa Terdekat"- Aiman Tino
Alhamdulillah, doakan yang baik-baik.

Shukri Yahaya Syukur Tidak Terkena Tempias Isu ‘Penyondol’ - “Saya Gemar Menganggu & Mengacau…”
Nasib baik...
![[VIDEO] “Makin Rosak Rumah Mama, Ayah” - Dah Bayar Lebih RM240,000, Amyra Rosli Reda Kena Scam Dengan Interior Designer [VIDEO] “Makin Rosak Rumah Mama, Ayah” - Dah Bayar Lebih RM240,000, Amyra Rosli Reda Kena Scam Dengan Interior Designer](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-makin-rosak-rumah-mama-ayah-dah-bayar-lebih-rm240000-amyra-rosli-reda-kena-scam-dengan-interior-designer.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Makin Rosak Rumah Mama, Ayah” - Dah Bayar Lebih RM240,000, Amyra Rosli Reda Kena Scam Dengan Interior Designer
Sampai terbengkalai rumah...