Hiburan

"Masih Awal Nak Rancang Haluan Anak Saya, Tapi Tak Halang Kalau..." - Elfira Loy

gempak
Asraf Aided
25/02/2020
05:51 MYT
Sponsor Banner
"Masih Awal Nak Rancang Haluan Anak Saya, Tapi Tak Halang Kalau..." - Elfira Loy
Pelakon Elfira Loy merasakan sekarang masih awal untuk merancang haluan hidup anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf sama ada akan terlibat dalam industri seni ataupun tidak.
Menurut Elfira, buat masa ini, dia hanya mahu menumpukan perhatian terhadap proses pembesaran anaknya itu.
"Buat masa sekarang, masih terlalu awal untuk merancang haluan hidup Rayyan, saya hanya mahu menumpukan perhatian terhadap proses pembesarannya dahulu.
"Saya masih belum fikir tentang perkara lain, tetapi saya tidak menghalang kalau dia mahu jadi artis seperti saya, kalau tak sepenuh masa pun, ia boleh dijadikan sampingan," katanya.
Elfira berkata demikian ketika ditemui di sidang media majlis pelancaran produk Elegant Cosmetics Whitening Emulsions di Le Meridian Kuala Lumpur pada Jumaat.
Jenama itu telah memilih Elfira selaku duta untuk mempromosikan produk yang baru dilancarkan itu.
Bercakap mengenai karier seni, Elfira merancang untuk kembali aktif sekitar hujung tahun ini.
"Saya akan kembali aktif dalam industri, saya merancang untuk mula perlahan-lahan, mungkin dalam bidang pengacaraan dahulu.
"Insya-Allah, saya akan aktif semula pada hujung tahun ini, sekarang banyak perkara yang masih lagi dalam proses perbincangan," tambahnya.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.
Mereka dikurniakan cahaya mata pada 1 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live