HIBURAN
Masih Belajar! Daniel Cheang Terima Semua Kritikan - “Kejadian Ini Juga Membuka…”
Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang enggan mengulas lanjut mengenai isunya yang tular ketika menjadi pengacara di sebuah program e-sport baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut Daniel atau nama lengkapnya Daniel Cheang Adnenan Cheang setiap apa yang berlaku pada hari tersebut diambil sebagai satu pembelajaran baharu untuk berikan yang terbaik kepada penonton pada masa akan datang.
“Kalau boleh saya tak mahu mengulas lagi mengenai isu ini cuma saya ambil peluang ini untuk memohon maaf sekali lagi kepada semua penonton MPL dan komuniti e-sport untuk kejadian tempoh hari.
“Saya masih baru dalam dunia MPL dan juga gaming jadi saya akui banyak benda yang saya kena belajar lagi sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyampai radio Hitz itu juga akui untuk berada dalam industri hiburan dia memerlukan ketahanan emosi dan keterbukaan dalam menerima kritikan.
`“Saya rasa untuk berada dalam industri kita sudah harus bersedia untuk menerima kecaman kerana tak semua yang kita buat orang akan suka.
“Tapi macam saya kata, peluang yang ada saya akan ambil untuk perbaiki cara hosting saya, nak kata sedih tu sudah tentu sedih tapi bagi saya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya dan disebabkan kejadian ini juga membuka pintu rezeki yang lebih luas untuk saya,” ujarnya.
Terdahulu, Daniel menerima kecaman daripada peminat sukan e-sport semasa mengacarakan program Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.
Ikuti temu bual penuh Gempak bersama Daniel Cheang.
Must-Watch Video