Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz

Umirah Halim
15/05/2024 06:55 MYT
Selepas lama juga mendiamkan diri, Sarah Yasmine tampil dengan kenyataan baharu melibatkan aktres sensasi Ruhainies.

Sarah dakwa Ruhainies menipu?

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Sarah telah mendakwa Ruhainies telah menipu orang ramai dan dipercayai masih lagi berhubung bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

“Kan saya dah cakap. selagi masih follow tu, masih in contact. Kalau dah tak follow, baru tak in contact sebab ada lah alasannya saya dah keluarkan hari itu.

“Sekarang memang tak nak diam diam lagi. Saya tahu Ruhainies call call semua.

“Baru tahu dia punya tipu level tahap mana dengan semua orang juga,” dakwanya.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang respons daripada pihak Ruhainies berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Ruhainies telah membuat pengakuan tidak lagi berhubung dengan Aliff selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan aktor tersebut.

Berita Trending: Selepas 21 Minit Dimuat Naik, Aliff Aziz Like Vlog Rambut ‘Kejung’ Ruhainies Di Instagram

Berita Trending: Pernah Dipukul Oleh Ibu Antara Kenangan Ruhainies Ketika Zaman Kanak-Kanak

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Instagram #Follow #Sarah Yasmine