Hiburan

Selepas 21 Minit Dimuat Naik, Aliff Aziz Like Vlog Rambut ‘Kejung’ Ruhainies Di Instagram

gempak
Umirah Halim
14/05/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Selepas 21 Minit Dimuat Naik, Aliff Aziz Like Vlog Rambut ‘Kejung’ Ruhainies Di Instagram
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktres sensasi, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat dramatis itu pasti meraih perhatian wargamaya.

Ruhainies buat video vlog

Terbaharu, Ruhainies telah memuatnaik video vlog buat pertama kali yang mengulas mengenai produk rambut bagi membaiki rambutnya yang difahamkan ‘kejung’.
Menerusi video tersebut, Ruhainies memberitahu bahawa dia akan mencuba produk baharu bagi rambutnya dan akan membuat ulasan sekiranya produk tersebut berkesan buatnya.
“Ini adalah kali pertama saya buat vlog, jadi saya nak cerita sedikitlah mengenai isu haritu.
“To be honest, rambut saya gugur teruk haritu lepastu kejung dan tak sihat.
“Saya ada share dekat IG Story minta orang suggestkan produk yang bagus jadi saya dah decide nak cuba produk ini, iaitu adik saya punya.
“Kalau produk ini menjadi saya akan share journey dekat korang,” katanya menerusi video vlog tersebut.

Aliff Aziz like

Apa yang menarik perhatian apabila hantaran tersebut telah menerima sukaan (like) daripada akaun Instagram Aliff Aziz setelah 21 minit hantaran tersebut dibuat.

Sebelum ini, Ruhainies telah membuat pengakuan tidak lagi berhubung dengan Aliff selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan aktor tersebut.
Imbas semula, pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya.

Berita Trending: Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”

Berita Trending: “Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024