Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Masih Ingat "Honey, I Shrunk The Kids”? Filem Ini Bakal Buat Comeback!

Hanafis Haris
16/05/2019 08:42 MYT
Jika anda antara individu yang membesar pada awal tahun-90 an, pasti anda cukup mengenali filem "Honey, I Shrunk The Kids”.

Filem terbabit mengisahkan seorang pereka cipta, Wayne Szalinski yang telah mengecilkan anak-anaknya secara tidak sengaja. Pasti ingat bukan?

Berita baik untuk anda yang merindui filem ikonik ini, Disney dilaporkan akan menghasilkan ‘reboot’ buat filem ini.

Perlakon utamanya pula adalah Josh Gad (Nick Szalinski) yang merupakan anak kepada Wayne Szalinski dalam filem sebelum ini.

Buat pengetahuan anda selain filem Honey, I Shrunk The Kids, dua sequel selepas itu juga telah ditayangkan, iaitu Honey, I Blew Up The Kid, dan Honey, We Shrunk Ourselves.

Walau bagaimapun kedua-dua sequel ini tidak begitu mendapat sambutan berbanding filem pertamanya.

Apapun sama-sama ah kita nantikan 'comeback' ini tidak lama lagi!
#Filem #Filem #Retro #90an