Seorang individu baru-baru ini tular di Platform X selepas sikapnya yang dianggap tidak bertimbang rasa dikritik netizen.

Menerusi beberapa hantaran warganet, individu itu dikatakan sering melakukan tindakan yang kurang menyenangkan seperti makan dan enggan memberi tempat duduk ketika berada di dalam pengangkutan awam.

“Hati-hati dengan lelaki ni yang tak bertimbang rasa dalam LRT. Seseorang minta dia alihkan beg daripada tempat duduk, tapi dia buat muka dan menolak,” tulis seorang netizen.


Dalam pada itu, ada juga individu lain yang merakam lelaki sama membuang sampah merata-rata ketika berada di sebuah restoran.

“Lelaki ni duduk dan buang sampah merata-rata atas lantai. Atas meja pun dia tinggalkan sampah.”

BERITA TRENDING: Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam MRT Sampai Penumpang Wanita Trauma! – “Fizikal Saya Ok, Tapi Mental…”

Posting tersebut mendapat perhatian wargamaya di mana rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati dan ada juga segelintir yang menyifatkan sikap lelaki itu sebagai mementingkan diri sendiri.

“Dia ingat train tu bapak dia punya agaknya!,”

“Dia patutnya disekat daripada gunakan pengangkutan awam, biar berakal sikit,”

“Selfishnya.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan berjaya meraih 6.9 juta tontonan serta lebih daripada 6,000 repost.

Sumber: Platform X