Filem seram Town Mall masih kekal di tangga pertama carta filem Top 5 Astro First.

Mula ditayangkan bermula 25 Jun lalu, filem ini menewaskan Pon Magal Vandhal, Syif Malam Raya, Ada Apa Dengan Dosa dan Tokyo Ghoul S.

Berita baik ini dikongsikan di laman Instagram Astro Shaw sebentar tadi.

Wahh Town Mall masih kekal di tangga pertama Carta Astro First! Jangan lupa bagitahu semua member korang untuk tonton bersama ok! . #Repost @astrofirsteksklusif : Happy Sunday semua! Yang masih belum tengok Town Mall, Pon Magal Vandhal, Gundala, Tokyo Ghoul S dan filem filem lain di Astro First, boleh Sewa dan strim On Demand atau Saluran 480. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd @nynaaharizalll__ . . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem Town Mall di pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.


Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.


Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.