Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Masih Minum Susu Guna Tiub Cuma Berat Dah 892 Gram” – Abby Syukur Berat Anak Makin Bertambah

Mya Amri 14/11/2019 | 14:27 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan terbaru anak lelakinya, Muhammad Danial Firman yang dilahirkan secara pramatang pada 27 September lalu.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Abby meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif anaknya.
“Muhammad Danial Firman Faizal… 13 Nov 2019: Hari yang ke-47 hari ini. Alhamdullillah. Syukur pada Allah, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan.
“Nak cerita banyak pun serba salah sebenarnya sebab takut seronok-seronok sangat, tiba-tiba apa yang Baby D lalui sebelum ni datang balik.
“Tu yang ingat nak simpan dulu tu. Tunggu baby betul-betul sihat, betul-betul dah boleh duduk dengan mama, abah, abang, kakak semua nanti baru mama throwback semula okay ke?
“Yang boleh saya kongsikan serba sedikit: Sekarang baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator.
“Masih bernafas guna mesin. Bila dah bernafas guna mesin, tiub sambung ke anak tekak jadi masih tak dapat dengar lagi baby D menangis.
“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnya lah yang makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram,” kongsinya.

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . 13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan ? . Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik. Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke? ?? . Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit: Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis. Juga masih.. minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma... beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram ? . Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan ? . ?Allahumma inni as aluka al-'afiyah*. (Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah). . Apa makna 'Afiyah..??? . 'Afiyah bermaksud : "Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa". . ?Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah. . ?Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah . ?Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dlm 'afiyah. . ?Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dlm 'afiyah. . ?Dan jika kita sudah diampuni &tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. . Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud : "Ya ALLAH, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".Ini termasuk utk di dunia & di akhirat. . Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia dtg kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata : . "Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar." . Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik." ❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Terdahulu, Abby terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan dan pramatang demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya selepas Abby mengalami tanda-tanda bersalin pada awal pagi.
Sebelum ini pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon
;