Hiburan
Masih Perlu Buat Pemeriksaan Selepas Pembedahan, Sharnaaz Ahmad Gembira Tengok Perkembangan Jebat Jayden
Aktor kacak Sharnaaz Ahmad menyatakan keadaan kesihatan anaknya, Jebat Jayden Ahmad pada tahun lepas memberi impak besar terhadap dirinya sebagai seorang ayah.
Jebat terpaksa menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu selepas mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
"Tahun lepas adalah wake up call untuk saya sedar betapa pentingnya Jebat dalam kehidupan saya.
"Tahun ini memang saya dah tak peduli apa di muka bumi ini. Apa saja yang saya ada, saya bagi kat Jebat," katanya kepada Gempak.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3 berkata Jebat masih perlu untuk melakukan pemeriksaan susulan walaupun sudah hampir setahun pembedahan berlalu.
"Alhamdulillah dia sihat, itu yang penting. Kalau tengok badan dia makin berisi seronok gomol dia. Saya puas hati tengok perkembangan dia setiap hari.
"Jebat masih perlu buat pemeriksaan selepas pembedahan itu. Rasanya kalau tak salah bulan Julai dan Disember nanti ada.
"Buat masa sekarang, kita tak akan nampak apa-apa perbezaan. Bila umur empat atau lima tahun baru nampak," katanya lagi.
Sharnaaz dan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018.
Must-Watch Video