Program #samasamakenyang – Infaq Ramadan Dapur Pasak dan pelakon Amaris diteruskan dengan menyantuni 10 rumah asnaf serta berbuka puasa dengan 100 anak yatim dan tahfiz dari Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain di Taiping, Perak, baru-baru ini.
Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan dia bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Pasak merealisasikan misi mereka sepanjang Ramadan ini.
"10 rumah asnaf ini memang yang betul-betul susah dan memerlukan. Ada juga yang rumah mereka elok tapi mungkin kerana kesempitan lain seperti sakit, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap turut kami bantu juga.
"Ada antara mereka boleh keluar rumah sambil tersenyum walaupun dalam hati mereka rasa macam-macam tapi mereka reda.
"Kami memberi sumbangan berbentuk tunai dan barangan keperluan asas. Harapnya selepas ini Allah bagi rezeki yang luar biasa. Saya sentiasa doa ada keajaiban yang Allah bagi supaya dapat bantu lagi ramai orang yang memerlukan.
"Jadi, saya mengajak dan mengalu-alukan orang ramai jika mahu berinfak dalam bulan ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun CIMB- 8604587212 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur. Insya-Allah, kami menyasarkan untuk penuhkan peti ais sebanyak 2,000 rumah. Itu misi kami sepanjang Ramadan ini," katanya.
Tak minta sesen pun
Menurut Amaris, dia bersyukur apabila sasaran memenuhkan peti ais 100 rumah pada setiap hari Ramadan dapat dilaksanakan.
"Kami rancang untuk penuhkan peti 100 rumah. Tetapi dengan izin Allah kami dapat penuhkan lebih kurang 200 peti rumah pada hari pertama, kedua dan ketiga Ramadan.
"Satu hari satu lori dan kita bukan hanya buat projek penuhkan peti ais tapi dalam masa sama kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berinfak dalam bentuk tunai untuk menyambut lebih kurang tiga minggu lagi ramadan dan juga menyambut bulan Syawal ini.
"Kita sama-sama berkongsi rezeki dan kumpul dana. Sebab mereka menunggu bantuan daripada kita dari segi barangan keperluan asas dan juga wang tunai.
"Kita akan teruskan lagi program infak ini dan bukan hanya dalam bulan Ramadan saja. Cuma dalam bulan Ramadan ini pada saya ia sangat luar biasa.
"Pasukan saya ini mereka semua kerja hebat dan sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat program ini. Mereka tak minta satu sen pun untuk buat program ini. Memang sepenuhnya kerana Allah," katanya.
Mas Idayu harap bantuan
Sementara itu, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang menyertai program itu sepanjang bulan ini turut berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lagi misi #samasamakenyang – Infaq Ramadan Dapur Pasak dan Amaris.
"Saya ‘enjoy’ sebab pertama kali turut serta. Cuma saya tak dapat buat banyak sebab ini pertama kali dan kadang-kadang saya tak tahu apa yang mereka perlu. Kita harap sangat-sangat ada bantuan daripada semua pihak yang prihatin.
"Selepas ini kita akan ke pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada lebih kurang 30 tahfiz di KL dan kita akan menyantuni mereka serta berbuka puasa jika diizinkan.
"Jadi kita sedang rancang macam mana nak berbuka puasa dengan mereka, bawa makan sedap-sedap, pergi jalan-jalan dan bawa beli baju raya. Itu perancangan kita," katanya.
19 klinik gembleng tenaga
Dalam pada itu, bersempena program diadakan, Dr. Dhia yang juga pengasas Semblance Clinic berbesar hati untuk menaja berbuka puasa dan penyerahan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain.
"Saya sudah lama memasang niat untuk buat program sebegini. Kebetulan rezeki berjumpa dengan Amaris dan pasukan Dapur Pasak. Saya memang tak boleh bagi orang lapar. Memang sifat saya macam itu.
"Jadi sangat suka apatah lagi bersama-sama dengan anak-anak yatim dan tahfiz ini. Rasa macam, anak-anak kita makan sedap, tapi mereka mungkin susah nak dapat tanpa adanya bantuan.
"Macam kediaman Cahaya Ain itu mereka tak pernah dijemput ke majlis berbuka puasa. Ini kali pertama buat mereka. Saya berasa sedih. Saya harap program sebegini dapat diteruskan walaupun bukan dalam bulan Ramadan," katanya.
Malah, Dr. Dhia bersama 19 klinik membayar sewa bulanan sebuah rumah berserta kelengkapan lain.
Amri Hassan
Tue Apr 12 2022

![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia