Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Masih Single, Kami Hanya Kawan Rapat” - Ismail Izzani Ulas Hubungan Dengan Shalma Eliana

Mya Amri
05/06/2019 05:10 MYT
Penyanyi Ismail Izzani menjelaskan hubungannya dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana hanyalah sekadar teman rapat.
 
Ismail berkata Eliana merupakan seorang kawan yang baik dan sangat menyenangkan.
 
“Kami memang rapat dan kami kenal menerusi Instagram pun dah lama sejak zaman sekolah lagi.
 
“Dia jenis orang yang sangat baik sebab itu ibu saya juga amat senang dengan dia.
 
“Saya masih single dan bagi saya buat masa ini saya berkawan dengan sesiapa sahaja.
 
“Saya suka berkawan dengan ramai orang, kalau ada rezeki... Insya-Allah ada,” katanya kepada Gempak.
 
Mengulas mengenai perkahwinan, Ismail berkata masih terlalu awal untuk memikirkan perkara tersebut.
 
“Sebenarnya nak membina rumah tangga ini bukannya senang. Perlukan banyak komitmen dan tidak boleh tergesa-gesa.
 
“Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan. Jadi buat masa ini saya hanya mahu memberikan fokus pada kerjaya saya terlebih dahulu,” ujarnya.
 
Terdahulu, keakraban hubungan Ismail dan Elianna yang sering memuat naik foto bersama di Instagram mengundang pelbagai spekulasi netizen.
 
Lebih-lebih lagi ketika Eliana hadir pada majlis sambutan hari jadi kakaknya.
 
Pasangan ini juga turut mendapat restu peminat yang mendoakan jodoh mereka berdua.
 
#Penyanyi #Penyanyi #Ismail Izzani #Shalma Eliana