,
Laman Utama

Masih Tak Putus Asa Perjuangkan #JusticeForBella, Betty Banafee Mewakili Artis Malaysia Tegaskan 5 Perkara

Syafiqah Jalal
01/06/2022
03:59 MYT
Pelakon Betty Banafee masih tidak berputus asa untuk memperjuangkan nasib anak istimewa, autisme iaitu Bella yang menjadi mangsa dera pusat jagaan Rumah Bonda agar terus dibela.
Betty yang mewakili selebriti tanah air yang turut prihatian terhadap kes Bella itu menggesa agar pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap 5 perkara yang mahu digesakan.
Antara perkara yang ditekankan, Betty meminta agar perbicaraan kes itu disegerakan dan tidak dijarakkan terlalu lama.
“Kita menggesa pihak Mahkamah segerakan perbicaraan kerana kes ini public interest. Dan jarak perbicaraan terlalu lama.
“Kita menggesa pihak polis mengemukakan hasil siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat oleh tidak kurang 5-8 orang bekas penghuni Rumah Bonda berkenaan deraan mental dan fizikal yang mereka hadapi akibat perbuatan Pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.
“Peraturan-peraturan di Rumah Bonda yang tidak masuk akal sehingga mendera mental dan fizikal bekas penghuni dan persitaan hukuman untuk bayi bayi mereka yang tidak dibenarkan mendapat susu ibu bergantung berapa lama hukuman di berikan pada ibu ibu remaja bayi tersebut. Ada yang kena sampai seminggu *persitaan bayi, kesengsaraan si ibu mendapatkan bengkak susu,” tegasnya.
Betty berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Selain Betty antara rakan artis yang lantang memperjuangkan #justiceforbella adalah Zahida Rafik dan Rozita Che Wan.
Betty turut mempersoalkan mengapa pengasas Rumah Bonda atau Siti Bainun sehingga kini tidak ditahan reman seperti kes penderaab penderaan yang lain.
“Dalam laporan yang telah dibuat juga ada menyebut berkenaan penderaan terhadap adik Bella.Setakat ini laporan-laporan polis tersebut senyap begitu sahaja. Pengasas Rumah Bonda tidak dikenakan apa-apa tindakan reman seperti kes penderaan yang lain.
“Kita menggesa pihak polis untuk menyiasat semula laporan polis yang telah dibuat oleh bekas penghuni tersebut bagi memberi keadilan kepada mereka yang amat terkesan mental dan fizikal.
“Kami menggesa agar SOP penyerahan remaja hamil dan bayi-bayi kepada Pengasas Rumah Bonda disiasat kerana kita berasa hairan bagaimana JKM begitu mudah menutup mata malah memberi remaja dan bayi untuk diserahkan kepada Rumah Bonda yang tidak berdaftar pun dengan JKM.Rumah bonda hanya dikenakan denda sahaja kerana beroperasi tanpa lesen,” tegasnya.
Dalam pada itu, Betty turut menekankan ketelusan pihak-pihak berkuasa dalam kes berkenaan.
“Di mana JKM dalam melindungi kanak-kanak yang di tempatkan di pusat perlindungan
“JKSP - di hospital yang handle kes-kes di hospital. Adakah mereka telus jalankan tanggungjawab sosial pada kes-kes di hospital?
“ROS yang sepatutnya memantau aktiviti pertubuhan dan NGO. Ambil tindakan jika NGO gagal menjalankan aktiviti pertubuhan mengikut perlembagaan yang mereka daftar kan. Gantung lesen mereka jika mereka gagal membuat AGM dan submit audit,” persoalnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bapa Rantai Dua Anak Gara-Gara Ambil Duit Beli Makanan Ringan

gempak
18/11/2024
04:55 MYT
Peristiwa yang berlaku di Desa Jatiwangi, Kecamatan Jatiwangi, Majalengka baru-baru ini itu turut tular di media sosial.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar